Saturday, May 23, 2009

Siren - Asimilasi Waktu EP.

assalammualaikum wbt.. ini adalah cd cover 'Siren - Asimilasi Waktu EP' yang akan diriliskan dalam satu majlis yang agak 'hingaq' dinamakan 'Senandung Musika Sa-Malaya (Episod II)', bertempat di Heaven Studio, Pandan Indah pada 13.06.09 nie. rilisan ini agak menarik jugak sebab kesemuanya dilakukan oleh budak siren sendiri tanpa bantuan luar. marketing, online/offline promotion, kos, rakaman lagu, mixing/mastered, artwork design dan sebagainya, semua budak siren yang buat. lokasi kejadian, di kediaman cik shaf. every weekend, budak² siren akan berkampung di rumah shaf. segala aktiviti berkenaan dengan siren, bermula kat umah shaf. okies. apa pun, layari www.myspace.com/suarasiren atau www.suarasirenia.com untuk maklumat lanjut. oohh.. lupa plak. kat bawah nie aku letak sekali flyers 'Senandung Musika Sa-Malaya (Episod II)'. dijemput datang beramai - ramai untuk memeriahkan majlis tersebut. turut mengundang, seisi kawan². (ayat cam kat kad jemputan kawin). wuahaha. teruskan menyokong industri muzik tempatan. ok na.. :)