
ini adalah salah satu babak aksi duduk & berdiri diantara penonton & pemuzik yang berinteraksi dalam bahasa badan (mata, telinga, mulut & beberapa gerak badan yang bergerak mencari keselesaan tempat duduk) dalam salah satu show yang dikenali sebagai
'Senandung Musika Sa-Malaya' pada 28.03.09 lalu di d'marego studio, ampang. dan saya memperkenalkan.. inilah kugiran
SIREN yang dibarisi oleh hero2 hensem yang datangnya dari pelbagai negeri didalam peta malaysia iaitu hajime - keyboardis, shaf - vokalis, badang - gitaris, fadhli - gitaris, jr - bass & aku, fumi - dram. aku adalah ahli anggota rasmi siren. biarpun aku datang dari latar muzik yang sebelum ini bergenre 'keras & berat'. akan tetapi aku tetap diberi kepercayaan penuh untuk aku menjawat jawatan pemain dram siren secara tetap. aku akui yang aku belum pernah bermain muzik seperti muzik siren skang. tapi aku tetap akan memberikan sepenuh tenaga & komitmen pada siren. & aku berikrar demi karya seni lagu 'cermin' &
'selamanya' yang sentiasa menjadi penyuntik semangat tatkala mendengarnya atau dimainkan, akan aku berkhidmat sebaik mungkin demi memartabatkan lagi bahasa melayu serta memeriahkan lagi industri muzik tempatan. insya'allah. amin. untuk kalian yang ingin mendengar & meng
hayati tasrip karya siren, anda boleh masuk ke laman web rasmi siren di
www.myspace.com/suarasiren. selamat mendengar & teruskan menyokong industri muzik tanahair.