pada 8.april.09, dalam pukul 14:00 petang, aku di jemput untuk menjadi pemuzik jemputan bermain percussion untuk band SONAR diradio ERA. salah satu band yang sedang mencipta nama yang datangnya dari label Luncai Emas Sdn Bhd kepunyaan 'sifu' muzik yang begitu tersohor dalam industri muzik malaysia iaitu M. Nasir. aku terasa gembira bercampur gementar pada masa tuh. tapi aku berjaya mengawal perasaan tuh dari menguasai pikiran aku. aku agak 'kelam mata' jugak bila aku masuk ke konti radio era. mana taknya, pertama kali nak masuk radio. gelabah jugak aku dibuatnya. walaupun cuma seketika disana, sedikit sebanyak aku dapat menimba ilmu & pengalaman yang boleh aku gunakan pada masa hadapan, andainya aku di jemput lagi kesana. sekurang kurangnya aku dah bersedia. ok. disini, aku paparkan pada anda beberapa gambar yang diambil oleh photographer berpengalaman iaitu yoll. sebenarnya banyak lagi gambar yang boleh diambil tapi photographer telah ditegur oleh sound engineer kerana setiap kali yoll mengambil gambar, bunyi kameranya telah terlekat sekali dalam sessi rakaman tersebut. jadi, hanya ini saja gambar yang dapat aku paparkan pada anda semua pada kali ini.





disini jugak, aku letakkan cover depan cd audio album pertama 'Sonar - Sihir Untuk Yang Tersayang' untuk tatapan kalian semua yang kini telah berada dipasaran diseluruh malaysia. yang paling penting, beli yang original.
anyway, enjoy the music & teruskan menyokong industri muzik tanahair. siapa lagi yang akan menyokong industri kita kalau bukan kita sendiri. kan? :)

No comments:
Post a Comment