Friday, April 24, 2009

Artis Terkini Bersama Sonar Di Radio ERA.


pada 8.april.09, dalam pukul 14:00 petang, aku di jemput untuk menjadi pemuzik jemputan bermain percussion untuk band SONAR diradio ERA. salah satu band yang sedang mencipta nama yang datangnya dari label Luncai Emas Sdn Bhd kepunyaan 'sifu' muzik yang begitu tersohor dalam industri muzik malaysia iaitu M. Nasir. aku terasa gembira bercampur gementar pada masa tuh. tapi aku berjaya mengawal perasaan tuh dari menguasai pikiran aku. aku agak 'kelam mata' jugak bila aku masuk ke konti radio era. mana taknya, pertama kali nak masuk radio. gelabah jugak aku dibuatnya. walaupun cuma seketika disana, sedikit sebanyak aku dapat menimba ilmu & pengalaman yang boleh aku gunakan pada masa hadapan, andainya aku di jemput lagi kesana. sekurang kurangnya aku dah bersedia. ok. disini, aku paparkan pada anda beberapa gambar yang diambil oleh photographer berpengalaman iaitu yoll. sebenarnya banyak lagi gambar yang boleh diambil tapi photographer telah ditegur oleh sound engineer kerana setiap kali yoll mengambil gambar, bunyi kameranya telah terlekat sekali dalam sessi rakaman tersebut. jadi, hanya ini saja gambar yang dapat aku paparkan pada anda semua pada kali ini.


disini jugak, aku letakkan cover depan cd audio album pertama 'Sonar - Sihir Untuk Yang Tersayang' untuk tatapan kalian semua yang kini telah berada dipasaran diseluruh malaysia. yang paling penting, beli yang original.

anyway, enjoy the music & teruskan menyokong industri muzik tanahair. siapa lagi yang akan menyokong industri kita kalau bukan kita sendiri. kan? :)

Thursday, April 23, 2009

Kugiran Siren


ini adalah salah satu babak aksi duduk & berdiri diantara penonton & pemuzik yang berinteraksi dalam bahasa badan (mata, telinga, mulut & beberapa gerak badan yang bergerak mencari keselesaan tempat duduk) dalam salah satu show yang dikenali sebagai 'Senandung Musika Sa-Malaya' pada 28.03.09 lalu di d'marego studio, ampang. dan saya memperkenalkan.. inilah kugiran SIREN yang dibarisi oleh hero2 hensem yang datangnya dari pelbagai negeri didalam peta malaysia iaitu hajime - keyboardis, shaf - vokalis, badang - gitaris, fadhli - gitaris, jr - bass & aku, fumi - dram. aku adalah ahli anggota rasmi siren. biarpun aku datang dari latar muzik yang sebelum ini bergenre 'keras & berat'. akan tetapi aku tetap diberi kepercayaan penuh untuk aku menjawat jawatan pemain dram siren secara tetap. aku akui yang aku belum pernah bermain muzik seperti muzik siren skang. tapi aku tetap akan memberikan sepenuh tenaga & komitmen pada siren. & aku berikrar demi karya seni lagu 'cermin' & 'selamanya' yang sentiasa menjadi penyuntik semangat tatkala mendengarnya atau dimainkan, akan aku berkhidmat sebaik mungkin demi memartabatkan lagi bahasa melayu serta memeriahkan lagi industri muzik tempatan. insya'allah. amin. untuk kalian yang ingin mendengar & menghayati tasrip karya siren, anda boleh masuk ke laman web rasmi siren di www.myspace.com/suarasiren. selamat mendengar & teruskan menyokong industri muzik tanahair.

Mukadimah Walimatul Urus.


assalamualaikum wbt.
pertama sekali, alhamdulillah & syukur kehadrat illahi kerana tergerak kat hati aku untuk menulis blog yang tak seberapa nie dengan nawaitu putih aku, ingin berkongsi segala apa yang terbuku dalam fikiran & hati aku dengan kalian semua. sekiranya anda mempunyai idea & buah pikiran yang membina demi kebaikan manusia sejagat, akan aku terima dengan pikiran yang waras & hati yang redha lagi terbuka, dengan harapan dapat memperbaiki apa saja kelemahan yang ada pada blog nie. aku juga nak ucapkan jutaan terima kasih pada semua pengunjung blog & juga blogger seantero tanah melayu kerana sudi berkongsi ilmu pengetahuan, pendapat & kepakaran yang berpihak pada kebenaran & kebaikan serta pengalaman yang dilalui dalam kehidupan skang yang serba mencabar. selama nie aku cuma banyak membaca blog orang. tapi skang aku plak yang menulis blog (padahal aku menaip). & aku akan sentiasa mengemaskini blog ini andai kata ada bahan yang dapat kita berkongsi bersama. baiklah.. tanpa membuang masa lagi, bersaksikan bulan & bintang, bertemankan kisah sarjan hassan diastro prima, diindahkan lagi halwa telinga dengan taranum suara seniman agung yang terbilang, allahyarham tan sri p. ramlee dalam lagu 'tunggu sekejap', berjarumkan detik 00:30 pagi (waktu tempatan) bertarikh 24.april.o8 (bersamaan 28 rabiul akhir 1430
) dengan ini saya selaku tuan punya badan yang memiliki laman blog beralamat penuh http://www.namachekpumi.blogspot.com merasmikan laman blog ini dengan rasminya. akhir kata, selamat beristiqamah. sekian, terima kasih. wassalam. :)