Thursday, April 23, 2009
Mukadimah Walimatul Urus.
assalamualaikum wbt.
pertama sekali, alhamdulillah & syukur kehadrat illahi kerana tergerak kat hati aku untuk menulis blog yang tak seberapa nie dengan nawaitu putih aku, ingin berkongsi segala apa yang terbuku dalam fikiran & hati aku dengan kalian semua. sekiranya anda mempunyai idea & buah pikiran yang membina demi kebaikan manusia sejagat, akan aku terima dengan pikiran yang waras & hati yang redha lagi terbuka, dengan harapan dapat memperbaiki apa saja kelemahan yang ada pada blog nie. aku juga nak ucapkan jutaan terima kasih pada semua pengunjung blog & juga blogger seantero tanah melayu kerana sudi berkongsi ilmu pengetahuan, pendapat & kepakaran yang berpihak pada kebenaran & kebaikan serta pengalaman yang dilalui dalam kehidupan skang yang serba mencabar. selama nie aku cuma banyak membaca blog orang. tapi skang aku plak yang menulis blog (padahal aku menaip). & aku akan sentiasa mengemaskini blog ini andai kata ada bahan yang dapat kita berkongsi bersama. baiklah.. tanpa membuang masa lagi, bersaksikan bulan & bintang, bertemankan kisah sarjan hassan diastro prima, diindahkan lagi halwa telinga dengan taranum suara seniman agung yang terbilang, allahyarham tan sri p. ramlee dalam lagu 'tunggu sekejap', berjarumkan detik 00:30 pagi (waktu tempatan) bertarikh 24.april.o8 (bersamaan 28 rabiul akhir 1430) dengan ini saya selaku tuan punya badan yang memiliki laman blog beralamat penuh http://www.namachekpumi.blogspot.com merasmikan laman blog ini dengan rasminya. akhir kata, selamat beristiqamah. sekian, terima kasih. wassalam. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment